Skip to main content

Sukan

Kejohanan dunia 2026: Langkah Azizulhasni terhenti di suku akhir keirin

Pelumba berpengalaman yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu, menamatkan saingan di kedudukan keenam dan terakhir dalam saringan ketiga. - Gambar fail/Bernama
Pelumba berpengalaman yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu, menamatkan saingan di kedudukan keenam dan terakhir dalam saringan ketiga. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Datuk Mohd Azizulhasni Awang tersingkir di peringkat suku akhir acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 di Shanghai.
  • Beliau menamatkan perlumbaan di tempat keenam dalam saringan ketiga, gagal mara ke separuh akhir mengikut format pertandingan.
  • Empat pelumba terbaik setiap saringan layak ke separuh akhir, dengan kejohanan berlangsung hingga Ahad.

KUALA LUMPUR: Impian jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang untuk melangkah jauh dalam acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 berkecai, selepas tersingkir pada peringkat suku akhir di Shanghai, China, hari ini.

Pelumba berpengalaman yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu, menamatkan saingan di kedudukan keenam dan terakhir dalam saringan ketiga.

Saringan sengit berkenaan dimenangi pelumba Jerman Maximilian Dornbach serta pelumba Colombia Cristian David Ortega Fontalvo mengekori rapat di tempat kedua, untuk turut mengesahkan tiket ke pusingan seterusnya.

Dua lagi slot ke separuh akhir dari saringan itu menjadi milik wakil Republik Czech Dominik Topinka dan Mateusz Rudyk dari Poland, yang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Mengikut format pertandingan, hanya empat pelumba terbaik daripada setiap saringan layak meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 akan berlangsung hingga Ahad.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement