Skip to main content

Sukan

Lisandro Martinez mohon maaf kritik pengurusan Manchester United

MARTINEZ: Kekecewaan akibat kekalahan itu mendorong saya untuk meluahkan perasaan di tempat yang tidak sesuai. Untuk itu, saya ingin memohon maaf. - Foto Stadium Astro
MARTINEZ: Kekecewaan akibat kekalahan itu mendorong saya untuk meluahkan perasaan di tempat yang tidak sesuai. Untuk itu, saya ingin memohon maaf. - Foto Stadium Astro

Advertisement

PERTAHANAN Manchester United, Lisandro Martinez, memohon maaf selepas tindakannya mengkritik pihak pengurusan kelab secara terbuka selepas kekalahan 0-2 kepada Atletico Madrid dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL), sebelum ini.

Dia yang tidak dapat menahan kekecewaan berkongsikan, United memerlukan pelaburan lebih besar untuk bersaing di peringkat tertinggi.

"Hari ini saya telah bertemu dengan barisan kepimpinan kelab dan pengurus. Ia perbualan yang sangat positif.

"Kami bertukar pandangan dan berbincang secara terbuka mengenai apa yang berlaku.

"Semua orang tahu saya seorang yang bersemangat tinggi. Kekecewaan akibat kekalahan itu mendorong saya untuk meluahkan perasaan di tempat yang tidak sesuai. Untuk itu, saya ingin memohon maaf," katanya menerusi laman Instagram.

Skuad The Red Devils ketika ini berada di kedudukan ke-13 dalam carta UCL dengan mengumpul tiga mata selepas melakar satu kemenangan dan satu kali tewas.

Mereka akan meneruskan kempen UCL berdepan Como dalam perlawanan ketiga nanti.

 

 

Must Watch Video

Advertisement