Skip to main content

Sukan

Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir Terbuka Indonesia

Menanti Pearly-Thinaah (gambar) di suku akhir sama ada pasangan senegara, Ong Xin Yee-Carmen Ting, atau gandingan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara. - Gambar fail/BERNAMA
Menanti Pearly-Thinaah (gambar) di suku akhir sama ada pasangan senegara, Ong Xin Yee-Carmen Ting, atau gandingan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara. - Gambar fail/BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara dan pilihan kedua kejohanan, Pearly Tan-M Thinaah, meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Terbuka Indonesia 2026 selepas menewaskan pasangan Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu-Hsuan 21-18, 21-19 di Jakarta pada Khamis.

Pasangan ranking kedua dunia itu mempamerkan aksi konsisten sepanjang perlawanan di Istora Senayan untuk mengatasi tentangan lawan sekali gus mengesahkan tempat dalam kelompok lapan terbaik kejohanan bertaraf Super 1000 tersebut.

Menanti Pearly-Thinaah di suku akhir sama ada pasangan senegara, Ong Xin Yee-Carmen Ting, atau gandingan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara, yang dijadualkan berentap dalam satu lagi aksi pusingan kedua semalam.

Sementara itu, beregu campuran negara yang berada di ranking ke-12 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, mencipta kejutan dengan menewaskan pasangan Indonesia yang menghuni ranking kesembilan dunia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu.

Pasangan suami isteri itu memerlukan 41 minit untuk meraih kemenangan 21-15, 21-19 ke atas wakil tuan rumah tersebut, sekali gus melakar kemenangan pertama mereka ke atas gandingan Indonesia itu selepas tewas dalam tiga pertemuan terdahulu.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement