Skip to main content

Sukan

Pejabat FIBA Asia akan dipindahkan ke Kuala Lumpur

Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA)
Perpindahan itu urut menyaksikan pelantikan barisan kepimpinan baharu.
Advertisement

MIES: Pejabat Serantau Asia Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) akan dipindahkan ke Kuala Lumpur, dari Beirut, Lubnan, pada Januari 2027, selain menyaksikan pelantikan barisan kepimpinan baharu, menurut badan induk bola keranjang dunia itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

Wasim Khan, seorang pentadbir sukan Britain-Pakistan, akan menggantikan Hagop Khajirian dari Lubnan sebagai Pengarah Eksekutif selepas Khajirian bersara pada penghujung tahun ini. Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Pusat FIBA dan Lembaga Zon Asia FIBA.

"Pemindahan FIBA Asia ke ibu pejabat serantau asalnya, di sebuah bandar yang mempunyai rangkaian hubungan baik dan lokasi strategik serta menjadi hab kepada organisasi sukan antarabangsa seperti Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Badminton Dunia (WBF)," kata FIBA dalam kenyataan.

Khan akan beralih daripada sukan kriket kepada bola keranjang, selepas sebelum ini berkhidmat sebagai Pengurus Besar Majlis Kriket Antarabangsa (ICC).

--BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement