Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Lionel Messi ungguli senarai perebutan Kasut Emas

Aksi Lionel Messi meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukan ketika perlawanan pusingan 16 Piala Dunia FIFA 2026 antara Argentina dan Mesir di Stadium Atlanta, Atlanta, Georgia, AS, 7 Julai 2026. REUTERS

Advertisement

KAPTEN Argentina, Lionel Messi, ketika ini sedang mendahului dalam senarai penjaring terbanyak dalam kempen Piala Dunia 2026 dengan lapan gol.

Selepas tamatnya pusingan 16 menyaksikan Messi mendahului dengan lapan gol diikuti Kylian Mbappe dan Erling Haaland dengan masing-masing mengumpul tujuh gol dengan pasukan mereka turut layak ke pusingan suku akhir.

Sementara itu, penggempur England, Harry Kane, pula mengumpul enam gol selain Ousmane Dembeli dari Perancis dengan empat gol dan Mikel Oyarzabal turut merekodkan empat gol.

Must Watch Video

Advertisement