Skip to main content

Sukan

Piala Dunia: Penjaga gol Sepanyol cipta rekod dunia

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Round of 32 - Spain v Austria - Los Angeles Stadium, Inglewood, California, U.S. - July 2, 2026 Spain's Unai Simon celebrates after the match as Spain qualify for the Round of 16 stage of the World Cup IMAGN IMAGES via Reuters/Gary Vasquez
Simon mengatasi rekod terdahulu milik penjaga gol legenda Itali, Walter Zenga (518 minit). - Foto Reuters
Advertisement

PENJAGA gol Sepanyol, Unai Simon, melakar sejarah bola sepak selepas mencatatkan rekod dunia baharu bagi tempoh tanpa bolos (clean sheet) terpanjang dalam sejarah Piala Dunia.

Kejayaan Sepanyol menewaskan Austria menyaksikan pasukan itu mengesahkan slot ke pusingan 16 dan akan menentang Portugal bagi penentuan ke suku akhir.

Dalam perlawanan itu, Simon memamerkan aksi luar biasa untuk melebarkan rekod tanpa bolosnya kepada 519 minit di pentas terbesar dunia itu.
 

Pencapaian itu meleburkan rekod lama yang bertahan selama lebih tiga dekad.

Simon mengatasi rekod terdahulu milik penjaga gol legenda Itali, Walter Zenga (518 minit), yang mana rekod bersihnya terhenti pada minit ke-67 menentang Argentina dalam separuh akhir Piala Dunia 1990.

Aksi tangkasnya menyelamatkan gawang ketika menentang Austria merupakan perlawanan kelima berturut-turut tanpa bolos buat Simon dalam saingan Piala Dunia, bermula sejak edisi 2022 di Qatar.

Rekod Dunia Guinness mengesahkan pencapaian itu secara rasmi melalui hantaran di platform X semalam.

Rekod Simon itu merangkumi dua edisi Piala Dunia, iaitu edisi 2022 dan 2026.

Bagi edisi 2026, dia mengekalkan rekod bersih selama 360 minit ketika menentang Cape Verde, Arab Saudi dan Uruguay di peringkat kumpulan, serta Austria dalam pusingan 32, menambah rentetan 159 minit tanpa bolos yang dilakukannya di Qatar empat tahun lalu. - Stadium Astro
 

Must Watch Video

Advertisement