Skip to main content

Sukan

Piala Dunia: AS tumpaskan Bosnia dan Herzegovina 2-0, mara ke pusingan 16

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Round of 32 - United States v Bosnia and Herzegovina - San Francisco Bay Area Stadium, Santa Clara, California, U.S. - July 1, 2026 Folarin Balogun of the U.S. is consoled by Giovanni Reyna and Timothy Weah after receiving a red card REUTERS/Carlos Barria
Giovanni Reyna dan Timothy Weah memujuk Folarin Balogun yang dikenakan kad merah ketika perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 antara Amerika Syarikat dan Bosnia dan Herzegovina di Stadium San Francisco Bay Area, Santa Clara, California, 1 Julai 2026. REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengesahkan tempat ke pusingan 16 Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Bosnia dan Herzegovina 2-0 pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

Folarin Balogun meletakkan AS di hadapan menerusi gol ketiganya pada kejohanan itu sebelum perlawanannya berubah secara dramatik.

Balogun kemudiannya dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran terhadap seorang pemain pertahanan Bosnia, sekali gus menyebabkan dia digantung daripada aksi pusingan 16 menentang Belgium di Seattle pada 6 Julai.

Meskipun beraksi dengan 10 pemain, AS menggandakan kelebihan menerusi sepakan percuma yang disempurnakan Malik Tillman.

AS mara ke pusingan kalah mati selepas mengharungi kempen peringkat kumpulan dengan memenangi dua perlawanan pertama sebelum tewas 3-2 kepada Turkiye dalam aksi terakhir kumpulan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement