Skip to main content

Sukan

Rakan senegara Sivasangari, Rachel berentap pada suku akhir Terbuka Silicon Valley

Perlawanan suku akhir itu menyaksikan Sivasangari dan Rachel bakal bersaing untuk merebut tempat ke separuh akhir kejohanan berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
Perlawanan suku akhir itu menyaksikan Sivasangari dan Rachel bakal bersaing untuk merebut tempat ke separuh akhir kejohanan berkenaan. - Foto fail/BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari dan Rachel Arnold bakal berentap pada suku akhir kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat, selepas masing-masing memenangi perlawanan pusingan kedua pada Rabu.

Sivasangari, pemain nombor empat dunia terpaksa mengharungi cabaran sengit daripada rakan senegara Aifa Azman sebelum mencatat kemenangan 6-11, 11-2, 9-11, 11-3, 11-7 di SquashZone.

Sementara itu, Rachel mencipta kejutan apabila menewaskan pemain nombor 10 dunia dari Amerika Syarikat, Amanda Sobhy, dengan kemenangan 11-9, 8-11, 13-11, 11-13, 11-8 dalam satu lagi perlawanan lima set.

Kemenangan itu amat bermakna buat Rachel kerana ia merupakan kemenangan pertamanya ke atas Amanda, yang sebelum ini menewaskan pemain Malaysia itu dalam ketiga-tiga pertemuan mereka.

Perlawanan suku akhir itu menyaksikan Sivasangari dan Rachel bakal bersaing untuk merebut tempat ke separuh akhir kejohanan berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement