Skip to main content

Sukan

Richard Scully tegur tentang kejahilan perkara kecil

https://stadiumastro.com/sukan/richard-scully-tegur-tentang-kejahilan-perkara-kecil
Datuk Richard Scully, mengulas pendedahan Timbalan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Vahid Kardany, mengenai keperluan perubahan budaya dalam FAM. - StadiumAstro

PEMERHATI bola sepak negara, Datuk Richard Scully, menganggap pendedahan Timbalan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Vahid Kardany, mengenai keperluan perubahan budaya dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai teguran bernas agar perubahan positif berlaku.

Perkara itu sedikit sebanyak menggambarkan adanya budaya tidak sihat dalam FAM sendiri yang memerlukan perubahan drastik supaya mampu mampu bergerak ke hadapan dengan lebih efisien selepas ini.

Advertisement

Richard Scully berpendapat budaya yang dimaksudkan adalah sesuatu yang sukar untuk dilupuskan apabila sudah lama menjadi barah dalam badan induk itu sendiri.

Bagaimanapun, ia tidak mustahil untuk kita belajar daripada apa yang terjadi, sekali gus bangkit semula bersama-sama.

"Saya rasa kejahilan kepada perkara kecil mengakibatkan pertaruhan.

"Sebab perkara kecil pun kita rasa boleh.

"Mungkin pada waktu itu boleh digunakan, tetapi untuk perkembangan bola sepak masa kini yang sedang maju ke hadapan yang dahulu mungkin tidak sesuai digunapakai untuk arus perdana.

"Ia mengakibatkan budaya kerja tidak sihat.

"Kita tidak tahu sama ada ia berkenaan operasi atau KPI (indeks prestasi utama)," katanya.

Sementara itu, Richard juga mengakui agak sukar untuk mengubah budaya sedia ada, dengan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh, masa yang agak lama juga diperlukan untuk beradaptasi budaya baharu dalam sesuatu organisasi.

"Katakan kita mahu mengikut Jepun dan Korea.

"Mereka menitikberatkan perkara kecil yang memberi kesan besar.

"Bagaimana mereka sekarang? Budaya yang sihat.

"Ia adalah teguran buat kita semua," katanya lagi.

Must Watch Video