SELANGOR difahamkan bakal menerima bayaran melebihi RM3 juta daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas dua pemain import iaitu Noor Al Rawabdeh dan Mohamad Abualnadi membantu Jordan mara sepanjang kempen kelayakan sehingga ke pusingan akhir Piala Dunia 2026.
Perkara itu menerusi program Faedah Kelab FIFA (CBP) yang memberikan bayaran kepada kelab-kelab yang melepaskan pemain bagi tugasan antarabangsa, dengan badan induk bola sepak dunia itu memperuntukkan dana sebanyak AS$355 juta (RM1.4 bilion) bagi program itu.
Advertisement
Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, berkongsikan: Selangor bakal terima 'manis manis' lebih RM3 juta dari FIFA di atas kerjasama membentuk dan menjaga keperluan dua pemain import mereka Noor Al Rawabdeh dan Mohamad Abualnadi sehingga berjaya membantu Jordan ke pentas Piala Dunia 2026.
Selangor bakal terima 'manis manis' lebih 3 juta Ringgit Malaysia dari FIFA di atas kerjasama membentuk dan menjaga keperluan 2 pemain import mereka Noor Al Rawabdeh dan Mohamad Abualnadi sehingga berjaya membantu Jordan ke pentas Piala Dunia 2026
Ini adalah kadar harian yang… pic.twitter.com/jGOyHVyfw5— FinaNasrom (@fnasrom) April 7, 2026
"Ini adalah kadar harian yang bermula dari saat pemain melaporkan diri sehingga berjaya mengesahkan Jordan mengisi slot ke Piala Dunia.
"Sebanyak AS$355 juta telah di peruntukkan untuk pembayaran kepada semua kelab terlibat," kongsinya. -- Stadium Astro