Skip to main content

Sukan

Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah lolos ke suku akhir

Pearly Tan-M Thinaah menumpaskan Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 21-12, 21-19 dalam Terbuka Denmark di SJF Bank Arena di Odense, pada Khamis. - Foto BAM.
Pearly Tan-M Thinaah menumpaskan Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 21-12, 21-19 dalam Terbuka Denmark di SJF Bank Arena di Odense, pada Khamis. - Foto BAM.

Advertisement

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Denmark selepas menumpaskan gandingan Hong Kong Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam semalam.

Pada aksi yang berlangsung di SJF Bank Arena di Odense, pilihan kedua kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menang 21-12, 21-19.

Pada aksi suku akhir hari ini, pasangan Malaysia itu akan bertemu gandingan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand yang mengejutkan pilihan kelima dari Indonesia Rachel Allessya-Rose Febi Setianingrum menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-17.

Sementara itu, hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk meneruskan kemaraan tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan tuan rumah, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 21-17, 21-18.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement