BEKAS pemain nombor satu dunia, Srikanth Kidambi, terpaksa akur ditunjukkan jalan keluar oleh rakan senegara yang lebih muda, Ayush Shetty, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Perancis, awal pagi tadi.
Pertarungan yang berlangsung di Glaz Arena itu menyaksikan Kidambi memberikan tentangan sengit kepada Shetty sebelum tewas menerusi rubber set, 21-16,16-21,12-21 dalam tempoh hampir satu jam pertarungan itu.
Shetty akan berdepan wakil Jepun, Kodai Naraoka, dalam pusingan kedua selepas Lakshya Sen menarik diri daripada kejohanan berstatus Super 750 itu.
Untuk rekod, Kidambi yang merupakan naib juara Kejohanan Dunia BWF 2021 itu pernah mencipta sejarah apabila berjaya menempatkan diri sebagai perseorangan lelaki kedua dari India yang menduduki ranking nombor satu dunia pada 2018, sejak Prakash Padukone pada tahun 1980.
YONEX French Open 2026 MS - R32 19 21 21 🇮🇳Ayush SHETTY🥇 21 16 12 🇮🇳KIDAMBI Srikanth 🕚 in 56 minutes
— BWFScore (@BWFScore) October 21, 2026