Skip to main content

Sukan

Tiga pemain Argentina digantung susulan pergaduhan pada perlawanan akhir Piala Dunia

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Final - Spain v Argentina - New York/New Jersey Stadium, East Rutherford, New Jersey, U.S. - July 19, 2026 Argentina's Leandro Paredes clashes with Spain's Gavi next to assistant coach Walter Samuel IMAGN IMAGES via Reuters/James Lang
Pasukan itu turut didenda susulan tindakan mempamerkan kain rentang Kepulauan Falkland selepas kemenangan separuh akhir mereka ke atas England. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

LONDON: Tiga pemain Argentina digantung berikutan penglibatan mereka dalam pergaduhan pada penghujung perlawanan akhir Piala Dunia bulan lepas menentang Sepanyol, manakala pasukan itu turut didenda susulan tindakan mempamerkan kain rentang Kepulauan Falkland selepas kemenangan separuh akhir mereka ke atas England, lapor PA Media/dpa.

Pemain tengah Leandro Paredes menerima hukuman paling berat, iaitu gantung 10 perlawanan dan denda AS$90,000 daripada Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), manakala pemain pertahanan Nahuel Molina dikenakan penggantungan tujuh perlawanan dan didenda dengan jumlah yang sama.

Thiago Almada pula digantung satu perlawanan dan didenda AS$30,000 kerana kelakuan tidak bersemangat kesukanan, manakala Penolong Jurulatih Argentina Roberto Ayala digantung tiga perlawanan dan didenda dengan jumlah yang sama.

Pemain Sepanyol, Gavi, turut dikenakan penggantungan satu perlawanan dan denda AS$30,000 atas kelakuan tidak bersemangat sukan.

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) didenda AS$321,000 atas beberapa pelanggaran, termasuk tindakan mempamerkan kain rentang tanpa kebenaran.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement