Skip to main content

Sukan

UCL: Tujuh minit ubah nasib Real Madrid

Endrick dan Arda Guler meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketiga pasukan ketika perlawanan UCL antara AS Roma dan Real Madrid, di Rome, 14 Okt 2026. (Foto AP)
Endrick dan Arda Guler meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketiga pasukan ketika perlawanan UCL antara AS Roma dan Real Madrid, di Rome, 14 Okt 2026. (Foto AP)

Advertisement

REAL Madrid mencetuskan kebangkitan dramatik apabila meledak tiga gol dalam tempoh tujuh minit terakhir untuk menewaskan AS Roma, 4-3 dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Olimpico, awal pagi Khamis.

Ketika ketinggalan 1-3 dan berdepan kekalahan, gergasi Sepanyol itu bangkit menerusi jaringan Carlos Espí pada minit ke-83, Endrick (85) sebelum Antonio Rüdiger melengkapkan kebangkitan dengan gol kemenangan pada minit ke-90.

Kemasukan Endrick pada minit ke-59 menjadi antara titik perubahan apabila penyerang muda Brazil itu memberikan tenaga baharu kepada jentera serangan Real yang bergelut menembusi pertahanan tuan rumah.

Endrick bukan sahaja membantu meningkatkan tekanan terhadap Roma, malah turut menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan hasil sepakan penjuru Arda Güler.

Güler kemudian memainkan peranan penting sekali lagi apabila sepakan penjuru yang dilakukannya membuka ruang buat Rüdiger menyudahkan peluang dengan bergaya untuk memastikan kemenangan Real.

Sebelum kebangkitan itu, Roma kelihatan mampu mengawal permainan selepas Donyell Malen meledak dua gol pada minit ke-51 dan ke-58, sekali gus meletakkan tuan rumah di hadapan 3-1.

Bagaimanapun, kegagalan mengekalkan disiplin pertahanan pada penghujung perlawanan menghukum Roma yang terpaksa menerima hakikat kehilangan kemenangan di laman sendiri. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement