100 kad merah: Lambang ketegasan Mike Dean

Ian Johan Ariff
April 3, 2019 04:09 MYT
Mike Dean melayangkan kad merah kepada Ashley Young di Stadium Molineux semalam. - REUTERS
PENGADIL bola sepak, Mike Dean melakar sejarah sebagai orang pertama melayangkan seratus kad merah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Rekod itu dibuat selepas menghukum ketua pasukan Manchester United, Ashley Young pada perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers pada Selasa malam.
Dean memang dikenali sebagai seorang pengadil yang tegas dilihat tidak berfikir panjang untuk menghukum Young dalam perlawanan itu.
Layangan kad merah terhadap Young itu adalah yang kedua diberikan oleh Dean kepada pemain United itu dalam sejarah EPL.
Kad merah pertama yang dilayangkan Dean adalah kepada pemain Newcastle United, Nolberto Solano dan dua kad merah terakhir yang dikeluarkan pengadil berusia 50 tahun itu adalah semasa perlawanan Burnley menentang Huddersfield pada awal bulan lepas.
Bukan sahaja pemain tidak menyukai Dean, malah pengurus-pengurus pasukan juga sering mengkritik Dean, termasuklah bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan bekas pengurus United, Jose Mourinho.
Berikut adalah statistik kad merah yang dikeluarkan Dean sepanjang 18 tahun menjadi pengadil di EPL oleh BBC.
Pengadil paling banyak mengeluarkan kad merah
Mike Dean - 100
Phil Dowd - 67
Mike Riley - 66
Graham Poll - 63
Martin Atkinson - 58
Pasukan paling banyak dikenakan kad merah oleh Dean
Chelsea - 9
Manchester City - 9
Newcastle United - 7
Arsenal - 6
Stoke City - 5
Tottenham - 5
Birmingham - 4
Charlton - 4
Manchester United - 4
Sunderland - 4
Pemain yang dua kali dikenakan kad merah oleh Dean
Andrew Cole
Richard Dunne
Laurent Koscielny
Fernando Torres
Mike Williamson
Ashley Young
#100 kad merah #100 red cards #Arsene Wenger #Ashley Young #EPL #Jose Mourinho #Liga Perdana Inggeris #Manchester United #Mike Dean