awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 peserta cilik sertai Ironkids sempena Ironman Malaysia, Ironman Langkawi 70.3

Bernama
Bernama
04/11/2022
04:33 MYT
100 peserta cilik sertai Ironkids sempena Ironman Malaysia, Ironman Langkawi 70.3
Dua kategori umur penyertaan terlibat tahun ini iaitu aquathlon untuk tujuh hingga 10 tahun dan aquathlon untuk 11 hingga 15 tahun. - Bernama
LANGKAWI: Hampir 100 peserta cilik menyertai Ironkids hari ini yang menjadi acara pembuka tirai kepada Kejohanan Ironman Malaysia dan Ironman Langkawi 70.3 tahun ini.
Dua kategori umur penyertaan terlibat tahun ini iaitu aquathlon untuk tujuh hingga 10 tahun dan aquathlon untuk 11 hingga 15 tahun.
Bagi peserta aquathlon tujuh hingga 10 tahun, disiplin renangan mereka sejauh 100 meter (m) dan larian sejauh 1.8 kilometer (km), sementara untuk peserta kategori 11 hingga 15 tahun, renangan mereka sejauh 200 meter dan larian 3.6 km.
Tinjauan Bernama mendapati Ironkids mendapat sambutan hangat apabila ibu bapa memberi sokongan padu kepada anak mereka dengan turut sama berlari di samping mereka sambil memberi kata-kata semangat.
Salah seorang ibu peserta, Imelda Anjayani, 43, yang merupakan warga Indonesia yang kini menetap di Australia berkata, dia bersama ahli keluarganya datang ke Ironman Malaysia semata-mata untuk menemani tiga anaknya menyertai kategori aquathlon bagi Ironkids.
"Sepatutnya tiga anak saya sertai aquathlon bagi kategori 11 hingga 15 tahun, tetapi pada saat akhir hanya dua anak perempuan iaitu Michaella Widjaya, 14, dan Gabrielle Widjaya, 12 yang menyertai acara ini manakala anak lelaki tidak dapat sertai kerana tidak berapa sihat.
"Ini merupakan kali pertama mereka menyertai Ironkids di Langkawi dan mereka memang sudah berjinak dalam sukan triathlon sejak berumur 9 tahun lagi. Bagi saya pendedahan awal berkaitan sukan ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi supaya dapat membantu meningkatkan tahap kecergasan mereka," katanya.
Sementara itu, Izwain Ahmad Nizar, 44, dari Langkawi berkata dia datang untuk memberi sokongan kepada anak perempuannya Sofiyyah Hussein, 8, yang menyertai Ironkids buat kali ketiga sejak berusia enam tahun lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ironkids
#Ironman Malaysia
#Kanak-kanak
#aquathlon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan