KUALA LUMPUR: Empat belas jurulatih dan pentadbir sukan dari Sabah dipilih menyertai Program Pelawat Sukan 2023 di Amerika Syarikat (AS) untuk memberi pendedahan mengenai cara kepimpinan Amerika, amalan terbaik dan kontak penting dalam sukan terutama bola sepak.
Program yang berlangsung dari 6 hingga 23 Januari 2023 itu, membolehkan peserta mempelajari teori dan teknik terkini kejurulatihan serta bertemu pertubuhan sukan bertaraf dunia di Philadelphia dan Miami.
"Mereka juga akan menghadiri Konvensyen Jurulatih Bola Sepak Bersatu 2023, acara pembangunan profesional terkemuka untuk jurulatih dan pentadbir bola sepak.
"Setelah tamat program, peserta akan berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang mereka peroleh dengan komuniti tempatan melalui pelbagai program melatih jurulatih dan klinik bola sepak di negeri Sabah," menurut kenyataan Kedutaan AS di Malaysia.
Melalui program ini, peserta berpeluang belajar daripada pelbagai pengamal - pentadbir sukan belia rekreasi berasaskan komuniti sehinggalah kepada jurulatih liga profesional.
Peserta terdiri Farish Aziz dan Hafipah Mohaidil dari Likas; Abdul Rahim Abu dari Bongawan; Alice Mic Michael dari Kiulu; Evlin Sulaiman dari Tenom; Melvin Tan dari Kota Belud; Rizal Hamid dari Putatan; Awang Shahzmee dari Tuaran; Annabelle Andrews dan Lindsay Michael dari Ranau; Nazrin Noin dari Papar; Fitri Amri dari Banggi; dan Ayrton Sikawah dan Elecsie Joseph dari Penampang.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang mengunjungi beliau di pejabatnya di sini.
Beliau berkata sukan adalah cara terbaik untuk memperkasa belia dan membina daya tahan serta kemahiran kepimpinan mereka.
"Gunakan peluang ini untuk belajar dan mendapat pengalaman terbaik, menjadi duta yang baik dan membanggakan Sabah," kata beliau.
Duta AS ke Malaysia Brian McFeeters berkata AS mengiktiraf kuasa sukan dalam merapatkan rakyat dan negara dengan mengamalkan nilai sejagat untuk menggalakkan keamanan dan keharmonian sosial.
"Saya berharap semua jurulatih dan pentadbir sukan mendapat pengalaman daripada program pertukaran yang bermanfaat ini dan mengharapkan mereka dapat memberi impak berterusan kepada belia dalam komuniti tempatan," kata beliau.
Diuruskan oleh Biro Pendidikan dan Hal Ehwal Kebudayaan (ECA) Jabatan Negara AS, program Pelawat Sukan memanfaatkan sukan untuk memperkasa jurulatih dan pentadbir muda dengan kemahiran kepimpinan dan penyelesaian konflik serta menggalakkan keselamatan dan kestabilan serantau.
Ia juga bertujuan memperkasa wanita dan kanak-kanak perempuan, mempromosi hak orang kurang upaya serta memupuk kejayaan akademik dan kepimpinan.
Untuk maklumat lanjut layari @svsabahrepresent di Instagram, Facebook, Youtube, dan Tik Tok. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi ketua program Farish Aziz di [email protected]
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Hajiji bergambar bersama salah seorang daripada 14 anak Sabah yang dipilih menyertai Program Pelawat Sukan 2023 di Amerika Syarikat. - Foto Facebook Hajiji Haji Noor
Majoriti rakyat Malaysia anggap kerajaan pilih kasih, beri layanan ikut kasta - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.