PEP Guardiola menyelar seteru Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mendakwa mereka memberi tekanan hebat terhadap tuduhan kewangan yang dihadapi juara itu sambil menegaskan: "Ia membuatkan saya lebih bertekad untuk kekal."
Pengurus City itu mendakwa sembilan kelab EPL cuba membuatkan City tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) berikutan menghadapi pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Eropah UEFA berhubung soal kewangan.
Guardiola berkata kesemua 19 pencabar City musim ini mahu melihat juara bertahan itu dihukum, tetapi dia yakin City telah mengatasi isu itu dan tuduhan itu akan digugurkan.
Bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu kemudian mempersoalkan apakah ganti ruginya sekiranya City terbukti tidak bersalah malah berkata adalah jelas mereka sudah dianggap sebagai kelab yang 'terkutuk'.
Guardiola percaya kelab-kelab lain harus berhati-hati dalam tindakan menjatuhkan City sambil berkata mereka mungkin tidak mahu hal ehwal kewangan mereka sendiri diperiksa terlalu teliti.
City telah dituduh melakukan lebih 100 pelanggaran peraturan kewangan EPL di antara musim 2009-10 dan 2017-18. Guardiola berkata tindakan itu berlaku memandangkan City "bukan sebahagian daripada pertubuhan itu".
"Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah kami telah pun dianggap bersalah," katanya.
Pada 2020, City digantung selama dua tahun daripada bola sepak Eropah tetapi dibatalkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Kelab itu didenda €10 juta (RM46.3j) kerana gagal bekerjasama selepas pada awalnya dikenakan €30j (RM139j), tetapi masih dibenarkan beraksi dalam kancah Eropah.
Guardiola berkata: "Kelab membuktikan kami tidak bersalah.
“Anda perlu faham bahawa 19 pasukan EPL telah membuat tuduhan tanpa sedikit pun kami berpeluang untuk mempertahankan diri.
"Dan kata-kata kelab saya, pemilik saya, pengerusi saya, ketua pegawai eksekutif saya telah menjelaskan segala-galanya selama tiga atau empat tahun ini, jadi saya faham benar di mana saya berpihak."
Astro Arena
Sat Feb 11 2023

Reaksi Guardiola ketika perlawanan EPL antara Leeds United dan Manchester City di Elland Road, Leeds, Britain, 28 Dis 2022. - Gambar fail REUTERS

Amber Heard seronok duduk Sepanyol, sudah move on daripada Johnny Depp
Setelah melalui episod perceraian dan perseteruan di mahkamah yang tidak menyebelahinya, Amber Heard membawa diri berpindah ke Sepanyol.

ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Kenyataan Perancis tolak sebarang cubaan mencabar kedaulatan Malaysia - Zambry
Zambry dan Colonna membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, hari ini.

Netizen samakan Watie dengan watak Anjali Sharma dalam filem Kuch Kuch Hota Hai
Masih tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya majlis pernikahan pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu dengan pilihan hatinya, Watie Hanafiah.

119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia
Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

Ketua Polis P. Pinang tidak tunduk dengan ugutan
Katanya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan atau ancaman oleh mana-mana sindiket haram terhadapnya.

MATA dalam misi tarik jemaah haji dan umrah China untuk transit ke Malaysia
MATA sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah daripada negara China, untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.

Final Piala FA: Manchester City akan tampil dengan kekuatan penuh
Juara EPL itu sebelum ini kelihatan mengalami masalah kecederaan pemain menjelang penentuan gelaran di Stadium Wembley berkenaan.

Final Piala FA: Manchester United sedang bina sesuatu istimewa bersama Ten Hag - Fernandes
Ten Hag kini berpeluang untuk menamatkan kempen dengan nota positif seandainya dapat memenangi piala domestik kedua.

Piala FA: Manchester United bersedia untuk satu lagi pertempuran 'istimewa'
Mereka bersedia untuk satu lagi pertempuran 'istimewa' menentang Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA.

Erik ten Hag janjikan Piala FA buat peminat Manchester United
Erik ten Hag berjanji di hadapan penyokong setia Old Trafford bahawa Manchester United mempunyai peluang yang sangat baik untuk memenangi Piala FA dan memusnahkan usaha Manchester City.

Carta Disiplin Liga Perdana Inggeris Musim 2022/23: Pasukan Paling 'Kotor'
Chelsea menjadi tumpuan dengan menduduki tempat kelima dalam pasukan 'terkotor' ini dengan 77 kad kuning dan tiga kad merah.

Erik ten Hag janjikan Piala FA buat peminat Manchester United
Pemain diberi sambutan yang hebat sejurus wisel penamat dengan De Gea menerima Anugerah Sarung Tangan Emas.

Pep Guardiola akui pemain Man City terlalu banyak minum alkohol ketika rai kejuaraan
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mendakwa juara Liga Perdana Inggeris itu yang baru dinobat 'terlalu banyak minum alkohol di Manchester' sebelum memperoleh keputusan seri 1-1 di Brighton.

Mikel Arteta mohon maaf Arsenal gagal muncul juara EPL
Tiada pasukan lain yang menghabiskan lebih banyak masa di puncak liga dan gagal merangkul kejuaraan, menyebabkan Arteta cukup kecewa.

Manchester City julang EPL susulan Arsenal tewas di Nottingham Forest
The Gunners perlu menang untuk menangguhkan sambutan kejuaraan City menjelang perlawanan di tempat sendiri menentang Chelsea malam ini.

UCL: Manchester City pamer kelas tersendiri belasah Real Madrid untuk ke final
Eder Militao terjaring gol ke gawang sendiri sebelum Julian Alvarez menambah satu lagi jaringan pada lewat permainan.