SOLO : Kehilangan kedua-dua belah kakinya seawal usia lima tahun kerana kanser tulang, tidak menghalang Mohammad Yusshazwan Yusuf menempuh pelbagai cabaran untuk mencipta sejarah buat Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) hari ini.
Selepas 22 tahun sejak pergerakannya terbatas, Mohammad Yusshazwan bersama gandingannya Abu Samah Borhan melakar sejarah, dengan meraih pingat emas pertama Malaysia bagi acara tenis berkerusi roda di temasya itu.
Mereka mencipta kejayaan tersebut selepas menewaskan wakil Indonesia Kevin Sanjaya-Agus Fitriadi, 6-4, 6-3 selepas perjuangan lebih dua jam mengatasi cabaran cuaca panas di Lapangan Tenis Manahan di sini.
"Saya sangat bangga dengan pencapaian ini. Kita fokus 100 peratus sebab nak cipta sejarah, jadi hari ini kita berjaya capai kejayaan ini untuk negara dan keluarga kami," kata Mohammad Yusshazwan, 27, kepada Bernama.
Pingat emas hari ini juga, menjadi pengubat hati buat beliau, apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat perak acara perseorangan, setelah tewas 2-6, 6-4, 6-7 selepas persaingan sengit dengan Klongrua Suthi dari Thailand pada final semalam.
Pencapaian terbaik Malaysia bagi acara beregu adalah perak edisi 2017 di laman sendiri menerusi Abu Samah-Ariffahmi Zaquan Ariffin, manakala Mohammad Yusshazwan- Firdaus Ibrahim meraih gangsa.
Abu Samah, juara perseorangan lelaki pada edisi lepas di Kuala Lumpur, berkata perlawanan hari ini tidak mudah kerana terpaksa berdepan lawan yang kuat, ditambah dengan kelebihan beraksi di laman sendiri.
"Sebelum ini kami dah pernah menang perak dan gangsa, jadi hari ini kami turun dengan tekad mahu emas, dan berjaya dalam misi itu," kata pemain berusia 37 tahun yang terpaksa bergantung pada kerusi roda selepas kecederaan tulang belakang (spinal cord) selepas kemalangan jalan raya pada 2006.
Sementara itu, Jennahtul Fahmi Ahmad Jennah muncul juara acara ping pong perseorangan lelaki Kelas 11 (masalah intelektual), selepas mengatasi rakan senegara Mohd Hazlin Abdullah 11-6, 12-10, 12-10 pada aksi final yang sengit di sini.
"Perlawanan tadi cabaran memang sangat sengit, mungkin saya agak bernasib baik untuk menang. Memang selalunya perlawanan di antara kami sengit, tak boleh main-main, kalau silap sikit pun akan kalah walaupun dah mendahului.
"Bersyukur dapat mempamerkan aksi yang baik hari ini. Pingat emas ini untuk keluarga saya yang sentiasa memberikan semangat. Selepas ini saya akan membuat persediaan untuk APG Kemboja dan Sukan Para Asia," katanya.
Dalam pada itu, kem negara meneruskan renangan cemerlang di Pusat Renang Jatidiri, Semarang apabila menambah dua lagi koleksi emas dan sebutir perak.
Muhammad Nur Syaiful Zulkafli muncul juara 100m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) dengan catatan satu minit dan 17.060s, Abd Halim Mohammad (34.820s) ungguli acara 50m kuak dada lelaki SB8 (kecacatan fizikal), manakala perak disumbangkan oleh Carmen Lim (36.730s) bagi acara 50m gaya bebas wanita S8 (kecacatan fizikal).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Mohammad Yusshazwan (kanan) bersama gandingannya Abu Samah Borhan meraih pingat emas pertama Malaysia bagi acara tenis berkerusi roda. - Bernama
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
APG: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan membanggakan kontinjen negara
Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja.
PM ucap tahniah, harap skuad bola sepak cerebral palsy terus cemerlang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki negara atas kejayaan meraih pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023
Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
APG: Mutu atlet negara 'diangkat' di Kemboja
Atlet negara membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.
Malaysia kekal tangga keempat carta walaupun capai 33 emas di Kemboja
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki.
APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.
APG 2023: Atlet para sedia jadi pengubat duka Malaysia di Kemboja
Ketiadaan tiga jaguh negara - Latif Romly, Ziyad dan Cheah dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen atlet para negara.
APG 2023: Semua atlet sudah jalani proses klasifikasi - CDM
Proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.