KUALA LUMPUR: Seramai 27 pelajar termasuk 18 daripada Program Pembangunan Bakat Badminton (BTDP) mendapat pengalaman berharga apabila dibawa ke Perodua Malaysia Masters 2024 di Axiata Arena pada Jumaat.
Semua pelapis negara dalam sukan badminton itu hadir memberikan sokongan kepada pemain Malaysia yang beraksi di kejohanan tersebut.
Lebih mengujakan, semua peserta juga diberikan peluang bersama-sama pengunjung bertemu dengan beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei pada sesi Temu Mesra di ruang pameran Perodua.
Seorang daripadanya, Muhammad Luqman Hakim Yusof Daneel, 17 tahun, teruja dengan peluang diberikan dan berharap mampu menjadi pemain terkemuka suatu hari nanti.
“Saya ingin menjadi seperti legenda negara, Rashid Sidek ataupun bekas juara dunia lima kali, Lin Dan dari China.
“Saya pernah menjalani latihan di bawah kendalian Rashid pada usia 12 tahun sebelum terpilih menyertai BTDP dan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ). Kerana itulah saya ingin mencontohi beliau,” katanya.
BTDP yang bermula sejak 2018 merupakan usahasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Perodua, bertujuan mencungkil bakat di kalangan murid di peringkat sekolah rendah dengan misi untuk mewakili negara.
Sementara itu, jurulatih badminton SSBJ, Mohd Nazri Nasir berkata anak didiknya ketika ini bukan sahaja melengkapkan diri untuk saingan kebangsaan malah sudah sedia di peringkat Kejohanan Remaja Asia.
Selepas ini, mereka akan ke Kejohanan Remaja Dunia yang dijadualkan akan berlangsung pada tahun ini juga.
“Suasana di kejohanan ini dapat menerapkan lagi semangat patriotik dan pendedahan di kalangan peserta BTDP terutama untuk menjadi wira badminton suatu hari nanti.
“Pendedahan penting untuk mereka melihat bagaimana untuk menghadapi tekanan di gelanggang sebenar, sejajar dengan sasaran SSBJ untuk melahirkan atlet negara berkualiti,” katanya.
Ketika ini BTDP dengan 140 jurulatih telah melatih seramai 2,800 murid-murid sekolah rendah di 70 pusat pembangunan badminton yang dikenal pasti di seluruh negara.
Astro Awani
Sun May 26 2024
Pelapis negara dalam sukan badminton mendapat pengalaman berharga apabila dibawa ke Perodua Malaysia Masters 2024 di Axiata Arena pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.