Kira-kira 4,000 peserta termasuk penduduk di sekitar Kampung Baru, di sini hadir memeriahkan program Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar berkata, program tersebut merupakan penganjuran kali pertama sekali gus menjadi acara penutup bagi sambutan itu.
“Sepanjang bulan ini, sebanyak 29 program telah diadakan di ketiga-tiga Wilayah Persekutan merangkumi lima kluster utama iaitu pengiktirafan; mesra rakyat; sukan dan rekreasi; ilmiah dan kerohanian serta inisiatif mensejahterakan rakyat.
“Program hari ini anjuran bersama Perbadanan Kampong Bharu (PKB) merupakan acara yang julung kali diadakan di laluan pejalan kaki Pintasan Saloma yang dibuka sejak 5 Februari lalu,” katanya ketika ditemui di sini, pada Sabtu.
Rosida berkata, selain Fun Walk, program tersebut turut diisi dengan aktiviti seperti pertandingan pakaian busana tradisonal Melayu dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
"Sudah pasti acara ini akan menambahkan lagi kemeriahan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini disamping dapat memperkenalkan dan mempromosi Pintasan Saloma kepada orang ramai.
"Pada masa sama, ini bagi memupuk semangat 'self beloging' terutamanya dalam kalangan warga kota agar menghargai kemudahan dan keunikkan seni bina tanpa melakukan sebarang keganasan harta benda," ujarnya.
BACA: Tiada tong sampah di Pintasan Saloma: Ubah mentaliti rakyat Malaysia - PKB
Fauzi Suhaimi
Sat Feb 29 2020

Rosida Jaafar (tiga dari kiri) melancarkan program Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Kampung Bharu, di sini pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI

'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'
Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum RM2, jumlah sumbangan tersebut cukup untuk membeli tablet kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

10 Berita Pilihan - (23 Januari 2021)

AWANI Ringkas: Pesuruhjaya Pas Terengganu positif COVID-19 | HSNZ seru rakyat derma darah

Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli
Zulkifli berkata pihaknya sedang merancang untuk membantu pelajar khususnya daripada golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan kaedah PdPR.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Husain Awang positif COVID-19
Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.
![AWANI 7:45 [23/01/2021]: Kembali catat kes harian tertinggi AWANI 7:45 [23/01/2021]: Kembali catat kes harian tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/41737573811611407585380/1886935_899168311611407913889_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [23/01/2021]: Kembali catat kes harian tertinggi
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda Fokus #AWANI745: - Anwar dakwa 114 ahli parlimen tolak darurat - MUBARAK gesa tukar Presiden UMNO - Bekalan darah hanya mampu bertahan lima hari #Darurat #HapusCOVID19 #PolitikMalaysia

Ikon televisyen, Larry King meninggal dunia pada usia 87 tahun
Berita kematian ikon televisyen itu disahkan oleh satu kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya sendiri pada Sabtu.

AWANI Ringkas: PKP: Jangan 'kitar semula' surat kebenaran | PKPD di tiga lokasi ditamatkan

Agenda AWANI Asia: Lonjakan Digitalisasi Reset Sektor Pendidikan
Sektor perkhidmatan kekal jadi penyumbang terbesar pertumbuhan ekonomi di sebalik impak COVID-19? Namun berdepan cabaran semasa, bagaimana sektor ini mampu meneroka potensi pasaran baharu serantau melalui adaptasi digital dan inovasi?

PKP: Bekalan darah di Terengganu hanya cukup untuk seminggu lagi
Ketua Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Mohd Muhaimin Kambali berkata pola pendermaan darah di negeri itu menunjukkan penurunan sejak seminggu yang lalu.

4,000 sertai Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma
4,000 peserta termasuk penduduk di sekitar Kampung Bharu, di sini hadir memeriahkan program Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma