awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 pemain import perkuatkan pasukan pilihan Singapura pada Piala Asia Barclays

Bernama
Bernama
03/07/2015
16:29 MYT
4 pemain import perkuatkan pasukan pilihan Singapura pada Piala Asia Barclays
Empat pemain import terbabit ialah dua pemain pertahanan Kento Fukuda (Geylang International FC) dan Sirina Camara (Home United FC) serta penyerang Nicholas Velez (Warriors FC) dan Rodrigo Tosi (Tampines Rovers FC).
Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Jumaat mengumumkan senarai akhir skuad yang akan beraksi pada Piala Asia Barclays, bulan ini.
Skuad 23 pemain yang dipilih Ketua Jurulatih V. Sundramoorthy itu, menampilkan majoritinya pemain pasukan kebangsaan Singapura yang beraksi pada kelayakan Piala Dunia baru-baru ini, dengan menewaskan Kemboja 4-0 dan seri tanpa jaringan menentang Jepun.
Selain 19 pemain kebangsaan, Sundramoorthy juga memilih empat pemain import yang beraksi dalam Liga-S.
Mereka ialah dua pemain pertahanan Kento Fukuda (Geylang International FC) dan Sirina Camara (Home United FC) serta penyerang Nicholas Velez (Warriors FC) dan Rodrigo Tosi (Tampines Rovers FC).
Pasukan Pilihan Singapura itu yang diketuai Shahril Ishak akan berdepan Arsenal pada 15 Julai.
Dua lagi pasukan yang menyertai kejohanan tersebut ialah Everton dan Stoke City. Perlawanan tempat ketiga/keempat serta aksi final akan berlangsung pada 18 Julai.
Sundramoorthy berkata Piala Asia Barclays adalah peluang terbaik kepada anak buahnya untuk menimba pengalaman berdepan lawan yang bertaraf dunia.
Mengenai empat pemain import yang disenaraikan itu, beliau berkata: "Mereka akan dapat memperkuatkan pasukan kami. Saya sudah melihat mereka beraksi dan pemain-pemain ini adalah yang terbaik dalam Liga-S".
Dalam pada itu, Presiden FAS Zainudin Nordin menggesa peminat agar turun beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Pilihan Singapura itu pada kejohanan berkenaan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Piala Asia Barclays
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan