SPORTS

54 program diluluskan, peruntukan RM1.6 juta untuk KWASN - Hannah

Bernama 08/04/2025 | 06:30 MYT
Hannah bergambar bersama atlet wanita lumba litar termuda dari Subang Jaya berusia 15 tahun, Sophia Zara Mustaffa Kamal. - Foto FB Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Sebanyak 54 program berjumlah RM1,649,195 di bawah Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) diluluskan tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 54 program berjumlah RM1,649,195 di bawah Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) diluluskan tahun ini, menunjukkan komitmen dalam menyokong pembangunan bakat sukan negara.
  • Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menggalakkan mereka yang memenuhi kriteria untuk memohon KWASN bagi membantu badan sukan kebangsaan dan atlet bebas.
  • KWASN bertujuan membantu penganjuran program sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta penyertaan atlet dalam kejohanan antarabangsa untuk memperbaiki ranking mereka.

Hannah berkata kelulusan berkenaan membuktikan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan bakat sukan negara.
Sehubungan itu, Hannah menggalakkan mereka yang memenuhi kriteria untuk memohon KWASN.
"Kejayaan bermula dengan langkah pertama yang berani. Marilah kita membina sebuah negara sukan yang berjaya dengan setiap bakat layak menerima peluang," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
KWASN adalah geran yang diwujudkan bagi membantu badan sukan kebangsaan serta atlet bebas menganjurkan program atau aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Ia juga bertujuan membantu penyertaan atlet dalam kejohanan antarabangsa bagi memperbaiki ranking mereka.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi https://www.kbs.gov.my/utama-kwasn.html.
-- BERNAMA
#Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara #Hannah Yeoh #KWASN #bakat sukan negara