awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 peratus tiket final Piala Malaysia terjual, cabutan bertuah jadi tarikan

Bernama
Bernama
23/04/2025
11:00 MYT
60 peratus tiket final Piala Malaysia terjual, cabutan bertuah jadi tarikan
Mohd Shazli berkata pelbagai hadiah menarik ditawarkan bagi pembelian secara dalam talian, antaranya motosikal dan skuter elektrik, selain telefon dan jam pintar serta kamera 360 Insta. - Gambar/ Bernama
PETALING JAYA: Inisiatif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik telah meningkatkan penjualan tiket final Piala Malaysia 2024/2025 membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC, hingga 60 peratus.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutf Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Mohd Shazli Shaik Mohd berkata pelbagai hadiah menarik ditawarkan bagi pembelian secara dalam talian, antaranya motosikal dan skuter elektrik, selain telefon dan jam pintar serta kamera 360 Insta.
"Penjualan tiket final Piala Malaysia menunjukkan perkembangan positif daripada pasukan JDT dan Sri Pahang FC, tambahan pula menerusi inisiatif terbaharu MFL yang memperkenalkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.
"Kami menyeru kepada semua penyokong JDT dan Sri Pahang FC untuk mendapatkan tiket yang masih dijual hingga hari perlawanan," katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya MFL-Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)-Liga Bolasepak Amatur (AFL) di Wisma FAM di sini hari ini.
MFL menyasarkan penjualan tiket sekurang-kurangnya 80 peratus bagi aksi kemuncak piala berprestij yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#JDT
#final
#cabutan bertuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan