Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
SUKAN

9 tahun bercinta, Cristiano Ronaldo bakal berkahwin pada usia 40 tahun

Astro Arena 12/08/2025 | 04:45 MYT
Pasangan ini telah membina keluarga bersama, termasuk lima orang anak: Cristiano Jr., Eva Maria, Mateo, Alana Martina dan Bella Esmeralda. - Gempak
SELEPAS sembilan tahun bercinta, bekas penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo, mendedahkan bakal berkahwin bersama model atau teman wanitanya, Georgina Rodriguez, dan peminat menantikan saat itu berlangsung.


Ringkasan AI
  • Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez kini bertunang selepas sembilan tahun bersama.
  • Pasangan ini telah membina keluarga bersama, termasuk lima orang anak: Cristiano Jr., Eva Maria, Mateo, Alana Martina dan Bella Esmeralda.
  • Cincin pertunangan Georgina menarik perhatian ramai, dianggarkan seberat lebih 20 karat dan bernilai jutaan dolar.


Meninjau laman Instagramnya Georgina, difahamkan dia bersama pemenang Ballon d'or sebanyak lima kali itu sudah bertunang dan bersedia mendirikan rumah tangga meskipun sudah lama berkongsi kehidupan sama di bawah satu rumah.


Kapsyen yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris berkata: "Ya, saya terima. Dalam dan sepanjang hidup saya."

Pada usia 40 tahun, bintang Portugal itu memilik empat cahaya mata termasuk Cristiano Jr yang dilahirkan pada 2010 sewaktu bercinta bersama seorang model dari Rusia, Irina Shayk.

Ketua pasukan Al-Nassr itu juga mempunyai dua anak perempuan, Eva Maria dan Alana Martina, serta putera bongsunya, Mateo Ronaldo. -- Stadium Astro



#Cristiano Ronaldo #bakal berkahwin #Georgina Rodriguez #Bertunang