AAM Motorsports Sdn Bhd (AAM) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan selepas menerima semua dokumen berkaitan insiden yang mengorbankan pelumba kelas CP150, Mohd Hafiz Nor Azman, semasa pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 di Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengerusi AAM Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha berkata jawatankuasa berkenaan akan ditubuhkan dalam tempoh beberapa hari lagi.
"Kita amat sedih menerima berita pemergian pelumba, Mohd Hafiz semasa pusingan akhir kelas CP150. Litar itu telah diperiksa Inspektor Rasmi Sirkit AAM pada Jumaat (14 Dis) bagi memastikan kesemua ciri-ciri keselamatan dan penghadang berada di tempat sepatutnya untuk perlumbaan," katanya.
"Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan Mohd Hafiz," katanya.
BACA: Pelumba Cub Prix, Mohd Hafiz Nor Azman maut
BACA: 'Ini last race aku'
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah ketika dihubungi Bernama, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut pada 6.30 petang tadi.
Beliau, bagaimanapun berkata butiran lanjut mengenai kemalangan itu tidak diperoleh.
Mohd Hafiz, 22, adalah anak kepada bekas pelumba Cub Prix, Nor Azman Mad Darus.
Pada tahun ini, Mohd Hafiz mewakili Petronas Racing Team-CKJ untuk bersaing dalam kategori CP150.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham berikutan kemalangan yang menimpa pelumba berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 16 2018
Pada tahun ini, Mohd Hafiz mewakili Petronas Racing Team-CKJ untuk bersaing dalam kategori CP150. - Foto Twitter - @msiancupprix
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
AAM tubuh jawatankuasa siasat kemalangan pelumba Cub Prix, Mohd Hafiz
AAM Motorsports Sdn Bhd (AAM) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan selepas menerima semua dokumen berkaitan insiden yang mengorbankan pelumba kelas CP150, Mohd Hafiz Nor Azman.