Perdana Menteri telah membentangkan RMK13 hari ini. Dapatkan intipati utama di sini
SPORTS

Aaron Chia nafi minta gaji RM2 juta daripada BAM

Astro Arena 29/10/2024 | 05:07 MYT
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan sejumlah RM2 juta daripada BAM. - Stadium Astro
BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan berjumlah RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk terus berada di bawah naungan badan induk itu.

Mengikut wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, nilai RM2 juta diminta pemain badminton di bawah naungan BAM.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 bersama gandinganya, Soh Wooi Yik, berkemungkinan besar bakal terlepas Final Jelajah Dunia BWF yang akan berlangsung pada 11 hingga 15 Disember ini di Hangzhou, China, susulan pasangan beregunya itu masih bergelut dengan masalah kecederaan.

"Saya rasa perkara ini sekadar khabar angin sahaja, saya pun tidak tahu siapa yang cakap itu dan sudah tentu bukan kami kerana kami sudah menandatangani kontrak.

"Kami juga tidak tahu siapa," jelasnya. -- Stadium Astro



#Aaron Chia #minta RM2 juta #BAM #beregu lelaki negara