awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron-Wooi Yik sah beraksi di BAC April ini

Bernama
Bernama
21/03/2025
15:00 MYT
Aaron-Wooi Yik sah beraksi di BAC April ini
Aaron hanya mengalami kecederaan ringan serta tidak memerlukan masa rehat yang panjang dan pasangan itu kini sedang membuat persediaan ke kejohanan itu. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi mengesahkan bahawa gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menyertai Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang akan berlangsung di Ningbo, China pada 8 hingga 13 April.
Beliau berkata Aaron hanya mengalami kecederaan ringan serta tidak memerlukan masa rehat yang panjang dan pasangan itu kini sedang membuat persediaan ke kejohanan itu.
"Aaron belum 100 peratus sembuh, tapi dipantau rapi dan keadaan dia sudah okay berbanding ketika di Masters Orleans dan Seluruh England, tak perlu pembedahan, hanya rawatan biasa.
"BAC boleh main, sepatutnya boleh perbaiki kelemahan yang ada," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.
Aaron mengalami kecederaan bahu, menyebabkan gandingan itu tersingkir seawal pusingan pertama di Seluruh England selepas tewas 16-21, 21-16, 18-21 kepada beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.
Baru-baru ini, media melaporkan pasangan nombor enam dunia itu mungkin tidak beraksi pada BAC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua jurulatih
#BAC
#rawatan biasa
#pusingan pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan