awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron-Wooi Yik 'bermandi peluh' ke suku akhir Masters China

Bernama
Bernama
18/09/2025
12:49 MYT
Aaron-Wooi Yik 'bermandi peluh' ke suku akhir Masters China
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa bermandi peluh sebelum melangkah ke suku akhir Masters China selepas menundukkan pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy pada aksi pusingan kedua, hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa bermandi peluh sebelum melangkah ke suku akhir Masters China selepas menundukkan pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy pada aksi pusingan kedua, hari ini.
Bekas juara dunia itu bermula longlai apabila tewas set pertama 14-21, namun bangkit mempamerkan ketenangan untuk meraih kemenangan dalam dua set berikutnya 21-15, 25-23 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 72 minit.
Menanti Aaron-Wooi Yik di suku akhir esok ialah sama ada rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun atau beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, yang akan turun beraksi lewat malam ini.
Sementara itu, cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berakhir selepas Leong Jun Hao tumpas di tangan pemain tuan rumah Li Shi Feng 11-21, 21-19, 8-21.
Turut tersingkir ialah beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang tewas kepada gandingan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-16, 7-21, 10-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#suku akhir
#Kejohanan Badminton Masters China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan