awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy

Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir China Masters

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2025
14:36 MYT
Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir China Masters
Aaron-Wooi Yik mencatat kemenangan 21-19, 21-18 di Shenzhen Arena pada Jumaat. - Foto Persatuan Badminton Malaysia
KUALA LUMPUR : Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir China Masters selepas menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly-Bagas Maulana.
Aaron-Wooi Yik mencatat kemenangan 21-19, 21-18 di Shenzhen Arena pada Jumaat.
Pasangan nombor dua dunia itu akan berdepan seteru lama dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, untuk merebut tempat ke final.
Aaron-Wooi Yik pastinya mahu menebus kekalahan kepada pasangan ketujuh dunia itu dalam pertemuan terakhir mereka di Kejohanan Dunia di Paris.
Pada Khamis, beregu lelaki negara itu bermandi peluh sebelum melangkah ke suku akhir Masters China selepas menundukkan pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy pada aksi pusingan kedua.
Bekas juara dunia itu bermula longlai apabila tewas set pertama 14-21, namun bangkit mempamerkan ketenangan untuk meraih kemenangan dalam dua set berikutnya 21-15, 25-23 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 72 minit.
Topic Berkaitan
#Shenzen
#Aaron Chia
#wooi yik
#China Masters
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.