awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GADGETS
Cip Exynos 2500 dilancar secara rasmi
DUNIA
WhatsApp diharamkan daripada peranti kakitangan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
GADGETS
WhatsApp uji ciri janaan gambar latar belakang guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Abang Bonnie, Bryan rangkul pingat gangsa di Piala Dunia Beijing

Bernama
Bernama
23/06/2025
22:20 MYT
Sponsor Banner
Abang Bonnie, Bryan rangkul pingat gangsa di Piala Dunia Beijing
Bryan (kanan) bersama Mohammed Khamis (kiri) dan Jixiong (tengah) dalam kategori lelaki 88 kilogram pada Kejohanan Piala Dunia 2025 di Beijing, China, 23 Jun 2025. - Foto X Powerlifting
KUALA LUMPUR: Atlet para powerlifting negara Bryan Gustin menyumbang pingat gangsa dalam kategori lelaki 88 kilogram (kg) pada Kejohanan Piala Dunia 2025 di Beijing, China, semalam.
Bryan, yang juga abang kepada jaguh powerlifting para negara Bonnie Bunyau Gustin mencatat angkatan seberat 180kg dalam saingan yang berlangsung di China Administration of Sports for Persons with Disabilities (CASPD).
Beliau menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang atlet Emiriah Arab Bersatu Mohammed Khamis Khalaf yang meraih perak dengan angkatan 205kg, manakala emas menjadi milik atlet tuan rumah, Jixiong Ye yang melakukan angkatan terbaik seberat 220kg.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara Nicodemus Manggoi Moses turut menghadiahkan gangsa selepas melakukan angkatan 210kg dalam kategori lelaki 97kg.
Were back with the Mens up to 97 kg!! Panpan Yan Khusniddin Usmanov Nicodemus M. Moses Congrats!! #Beijing2025 #WorldCup #ParaPowerlifting pic.twitter.com/EOZABi2MBh
— Para Powerlifting (@Powerlifting) June 23, 2025
Kategori itu menyaksikan atlet China Panpan Yan muncul juara dengan angkatan 225kg, manakala atlet Uzbekistan Khusniddin Usmanov membawa pulang perak selepas mengangkat 223kg.
Terdahulu, Bonnie Bunyau mencuri tumpuan apabila menghadiahkan pingat emas kepada negara dalam kategori lelaki 72kg selepas melakukan angkatan terbaik 215kg, pada Ahad.
And to close the day, the Mens up to 72 kg winners!! Bonnie Bunyau Gustin Jesus Cuevas Cisneros Ramubhai B. Bambhava See you tomorrow for more events! #Beijing2025 #WorldCup #ParaPowerlifting pic.twitter.com/AkcoLacFQ7
— Para Powerlifting (@Powerlifting) June 22, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Beijing
#Bryan Gustin
#atlet para powerlifting
#powerlifting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami