awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA

Bernama
Bernama
05/07/2019
21:00 MYT
Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA
Abdul Rashid turut mengesahkan menarik diri daripada pertandingan itu tetapi beliau tidak menyatakan alasan penarikan diri itu. - Gambar hiasan
Calon presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sah menarik diri pada Kongres Luar Biasa (EGM) pada Sabtu bagi memilih presiden dan barisan exco baharu persatuan terbabit.
Setiausaha Eksekutif Kafa, Arif Hassan berkata dengan penarikan diri Abdul Rashid itu EGM akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.
"Kami menerima keputusan penarikan diri Abdul Rashid atas alasan tertentu.
"Sehingga kini semua calon lain bagi jawatan yang dipertandingkan masih berminat dan kekal untuk bertanding pada EGM (Sabtu)," katanya pada Jumaat.
Sementara itu, Abdul Rashid ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp turut mengesahkan menarik diri daripada pertandingan itu tetapi beliau tidak menyatakan alasan penarikan diri itu.
EGM hari ini bakal diadakan bagi memilih presiden dan barisan exco baharu selepas Bibi Ramjani Ilias Khan meletak jawatan Presiden Kafa bulan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Rashid Abdul Rahman
#Arif Hassan
#Bibi Ramjani Ilias Khan
#EGM
#KAFA
#Kongres Luar Biasa
#Pengerusi Parti Amanah Negara
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#pertandingan
#pertandingan dua penjuru
#tarik diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan