SUKAN
AC Milan berjaya tahan asakan Napoli, naik takhta Serie A walau bermain 10 orang
Kemenangan ini bukan sahaja mengekalkan rentak cemerlang Milan di awal musim, malah melonjakkan mereka ke tangga teratas Serie A, walaupun berkongsi mata dengan Napoli. - Gambar/ AP
AC Milan membuktikan ketabahan mereka apabila menundukkan Napoli 2-1 meskipun beraksi dengan 10 pemain hampir separuh masa perlawanan, sekali gus merampas kedudukan teratas Serie A.
Ringkasan AI
Christian Pulisic menjadi watak utama kemenangan Rossoneri. Pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu mencipta peluang awal dengan larian pantas di sebelah kiri sebelum menghantar bola kepada Alexis Saelemaekers untuk membuka jaringan seawal minit ketiga.
Milan kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-31 apabila Pulisic sendiri menyempurnakan gerakan menarik bagi gol kedua pasukan.
Namun, cabaran semakin getir buat skuad kendalian Stefano Pioli selepas Pervis Estupiñán dilayangkan kad merah kerana menarik Giovanni di Lorenzo yang hampir pasti menyumbat gol mudah pada babak kedua.
Bermain dengan kekurangan seorang pemain, Milan terpaksa bertahan habis-habisan di San Siro. Napoli cuba bangkit mencari gol, tetapi disiplin pertahanan Milan berjaya mengekalkan kelebihan hingga ke wisel penamat.
Kemenangan ini bukan sahaja mengekalkan rentak cemerlang Milan di awal musim, malah melonjakkan mereka ke tangga teratas Serie A, walaupun berkongsi mata dengan Napoli.
Ringkasan AI
- AC Milan menewaskan Napoli 2-1 di San Siro walaupun beraksi dengan 10 pemain hampir separuh masa perlawanan selepas Pervis Estupin dilayangkan kad merah.
- Christian Pulisic menjadi tonggak utama kemenangan dengan satu bantuan gol dan satu jaringan, membantu Milan mendahului dua gol sebelum Napoli cuba bangkit.
- Kemenangan ini melonjakkan Milan ke tangga teratas Serie A, berkongsi mata dengan Napoli tetapi memiliki kelebihan perbezaan jaringan.