SUKAN
Achraf Hakimi berdepan perbicaraan jenayah, kemungkinan dihukum penjara 15 tahun
Achraf Hakimi bakal berdepan perbicaraan di mahkamah jenayah Perancis atas tuduhan merogol seorang wanita di kediamannya pada Februari 2023.
PARIS: Pemain bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan skuad kebangsaan Maghribi, Achraf Hakimi, bakal berdepan perbicaraan di mahkamah jenayah Perancis atas tuduhan merogol seorang wanita di kediamannya di pinggir Paris pada Februari 2023.
Perkara itu disahkan oleh pejabat pendakwa raya Nanterre yang memaklumkan, pihaknya telah memohon kepada hakim penyiasat agar kes berkenaan dibawa ke perbicaraan.
“Kami telah meminta hakim untuk merujuk kes ini ke mahkamah jenayah,” kata jurucakap pejabat pendakwa kepada media Perancis.
Hakimi, 26, didakwa pada 3 Mac 2023 dan sejak itu dibebaskan di bawah pengawasan kehakiman.
Jika didapati bersalah, beliau boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 15 tahun - hukuman tertinggi di bawah undang-undang Perancis bagi kes rogol tanpa unsur keganasan.
Menurut laporan harian Le Parisien, kejadian didakwa berlaku pada 25 Februari 2023 apabila seorang wanita berusia 24 tahun berkunjung ke rumah Hakimi di Boulogne-Billancourt selepas mereka berkenalan di Instagram sebulan sebelumnya.
Hakimi didakwa menjemput wanita itu dengan menyediakan perkhidmatan Uber ketika isterinya, pelakon Sepanyol-Turkiye, Hiba Abouk, bercuti di Dubai bersama dua anak mereka.
Wanita terbabit mendakwa telah dicium dan disentuh tanpa kerelaan, sebelum berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan rakan untuk meninggalkan lokasi.
Dia kemudian membuat kenyataan di balai polis walaupun pada awalnya enggan memfailkan aduan rasmi.
Beberapa mesej yang dikemukakan kepada penyiasat menunjukkan keadaan mental wanita itu yang tertekan selepas insiden berlaku.
Sepanjang siasatan, Hakimi konsisten menafikan tuduhan dan mendakwa dirinya menjadi mangsa cubaan pemerasan.
“Apabila anda berjaya, anda jadi sasaran mudah. Itu ajar saya untuk lebih berhati-hati dengan orang di sekeliling. Mereka cuba ugut saya, sebab itu kami failkan aduan balas,” katanya dalam temu bual terdahulu pada Januari.
Difahamkan, Hakimi kini berada di Puerto Rico bercuti bersama bekas rakan sepasukannya, Kylian Mbappe, sementara menunggu tarikh perbicaraan ditetapkan. - Agensi