SPORTS
ACL: Dion Cools hampir dipukul dalam insiden pergaduhan pemain
Dalam video tular, pergaduhan dilihat berlaku di antara pemain kedua-dua pasukan sebaik Zhejiang meraih kemenangan 3-2 ke atas Buriram dalam saingan ACL di China malam tadi. - Foto Astro ARENA
PERTAHANAN negara, Dion Cools, hampir dipukul dalam satu insiden pergaduhan pemain selepas perlawanan di antara Zhejiang dan Buriram United dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di China malam tadi.
Dalam video yang tular di media sosial, berlaku pergaduhan besar di antara pemain kedua-dua pasukan sebaik Zhejiang meraih kemenangan 3-2 ke atas Buriram.
Pemain nombor 10 Buriram, Ramil Sheydayev, dilihat dibelasah beramai-ramai oleh pemain tuan rumah.
Ketika Cools ingin meleraikan satu lagi insiden pergaduhan, dia ditolak dan diprovokasi oleh pemain dan pegawai pasukan lawan.