SUKAN
ACLE: JDT, Machida Zelvia terikat tanpa jaringan
Pemain JDT Arif Aiman (dua, kanan) dikawal ketat pemain Machida Zelvia FC Hiroyuki Mae (kanan) pada perlawanan peringkat kumpulan Zon Timur ACLE 2025-2026 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi. --fotoBERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) mempamerkan aksi bertahan yang mantap apabila mengikat kelab Jepun, Machida Zelvia, 0-0 dalam perlawanan Kumpulan Zon Timur Liga Juara-Juara Elit AFC (ACLE) 2025/26 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.
Perlawanan berlangsung sengit sejak awal dengan Machida Zelvia hampir membuka jaringan pada minit ke-22 selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan kekasaran dilakukan pertahanan JDT, Jonathan Silva, di dalam kotak penalti.
Namun, sepakan penalti Yuki Soma gagal memecah kebuntuan apabila bola menggegarkan palang gol, sekali gus memberikan peluang kepada JDT untuk mengekalkan kedudukan.
JDT cuba bangkit menerusi Ager Aketxe Barrutia yang melepaskan rembatan deras pada minit ke-27, namun bola tersasar sedikit sebelum ditangkap penjaga gol Machida, Kosei Tani.
Pada penghujung babak pertama, percubaan Ager pada minit ke-43 dan 45 gagal menemui sasaran, manakala rembatan kencang Yuki Soma pada masa kecederaan juga berjaya ditahan kemas Ahmad Syihan Hazmi.
Babak kedua menyaksikan Machida terus mengasak. Pada minit ke-60, Na Sangho hampir meletakkan mereka di depan susulan kekalutan di hadapan gawang, namun percubaannya dipatahkan Ahmad Syihan.
JDT melakukan dua pertukaran taktikal, iaitu airo Da Silva masuk menggantikan Bergson Da Silva pada minit ke-64, manakala Natxo Insa mengambil tempat Ignacio Mendez pada minit ke-72 untuk menambah keseimbangan di bahagian serangan dan tengah.
Pada minit ke-83, Ager mencipta peluang berbahaya, tetapi percubaannya dihalang penjaga gol pelawat.
Dua minit kemudian, pemain sayap dari Sepanyol Teto Martin cuba memecah kebuntuan dengan sepakan lencong dari luar kotak penalti, namun bola hanya menggegarkan sisi jaring gawang pasukan lawan.
Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol kemenangan sehingga wisel penamat, namun ketangkasan penjaga gol dan disiplin pertahanan memastikan aksi sulung kumpulan itu berakhir tanpa jaringan.
-- BERNAMA