awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga

Astro Arena
Astro Arena
12/02/2025
01:15 MYT
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga. - Stadium Astro
ASPIRASI kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengatasi kelab Australia, Central Coast Mariners, membantu Malaysia melonjak dua anak tangga dalam kedudukan AFC MA Ranking.
Dalam pertembungan yang berlangsung di Gosford, Australia itu, JDT turun dengan misi tiga mata penuh bagi mengukuhkan tempat dalam kelompok lapan terbaik.
Dua gol daripada pertahanan baharu, Alvaro Gonzalez, memastikan JDT merakamkan kemenangan ketiga dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga berdasarkan kemas kini oleh laman web Footy Rankings.
Malaysia meraih tambahan +11.333 mata untuk menjadikan jumlah mata keseluruhan kepada 35.861 mata serta berada di kedudukan kelima bagi kategori Asia Timur.
Tambahan mata itu membenarkan Malaysia memintas Australia dengan perbezaan sekadar 0.237 di tempat keenam sementara Vietnam pula jatuh ke kedudukan ketujuh ketika ini.
Kedudukan itu juga penting bagi mengekalkan slot automatik Malaysia ke ACLE dan ACL2 untuk musim 2026/27 menerusi persembahan cemerlang oleh wakil negara dalam kejohanan kelab Asia ini.
Malaysia bagaimanapun kekal menghuni tangga ke-12 di Asia secara keseluruhan dengan Jordan melonjak ke kedudukan 11 terbaik ketika ini.
Perlawanan terakhir peringkat liga ACLE bakal menyaksikan JDT menanti kunjungan kelab Korea, Pohang Steelers pada 18 Februari hadapan di Stadium Sultan Ibrahim. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#ACLE
#JDT
#Central Coast Mariners
#AFC MA Ranking
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan