SPORTS
ACLE: Trio berbisa bawa Al-Nassr ke separuh akhir

Ronaldo meledak gol kelapannya dalam kempen itu untuk mengadakan pertemuan dengan satu lagi kelab Jepun, Kawasaki Frontale. - Stadium Astro
CRISTIANO Ronaldo memacu Al-Nassr dalam Liga Juara-Juara Elit (ACLE) selepas menang selesa 4-1 ke atas Yokohama F. Marino di Jeddah, awal pagi tadi, seterusnya melengkapkan kemaraan tiga wakil Liga Pro Saudi ke separuh akhir.
Ringkasan AI
- Ronaldo menjaringkan gol kelapannya dalam kempen ACLE, menjadikan jumlah golnya musim ini kepada 33, dan akan bertemu Kawasaki Frontale di separuh akhir.
- Jhon Duran membuka jaringan, diikuti oleh Sadio Mane dan Ronaldo sebelum rehat, sementara Duran menambah satu lagi gol awal babak kedua.
- Al-Nassr menjadi salah satu daripada tiga wakil Liga Pro Saudi yang mara ke separuh akhir, bersama Al-Ahli yang menewaskan Buriram United 3-0 untuk bertemu Al Hilal.
Duran kemudian menokok satu lagi gol awal babak kedua untuk memastikan melebarkan penguasaan mereka.
Seteru Al-Nassr dalam Liga Pro Saudi, Al-Ahli, pula mengenepikan Buriram United dari Thailand 3-0 untuk mengadakan pertemuan dengan musuh domestik, Al Hilal. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami