SPORTS
ACLE: Trio berbisa bawa Al-Nassr ke separuh akhir
Ronaldo meledak gol kelapannya dalam kempen itu untuk mengadakan pertemuan dengan satu lagi kelab Jepun, Kawasaki Frontale. - Stadium Astro
CRISTIANO Ronaldo memacu Al-Nassr dalam Liga Juara-Juara Elit (ACLE) selepas menang selesa 4-1 ke atas Yokohama F. Marino di Jeddah, awal pagi tadi, seterusnya melengkapkan kemaraan tiga wakil Liga Pro Saudi ke separuh akhir.
Ringkasan AI
Ronaldo turut meledak gol kelapannya dalam kempen itu untuk mengadakan pertemuan dengan satu lagi kelab Jepun, Kawasaki Frontale.
Penggempur Al-Nassr, Jhon Duran, membuka jaringan dari jarak dekat sebelum Sadio Mane menggandakan kelebihan mereka. Dan Ronaldo turut mencetak namanya selaku penjaring -- gol ke-33 sepanjang musim ini -- sebelum rehat untuk menjadikan kedudukan 3-1.
Duran kemudian menokok satu lagi gol awal babak kedua untuk memastikan melebarkan penguasaan mereka.
Seteru Al-Nassr dalam Liga Pro Saudi, Al-Ahli, pula mengenepikan Buriram United dari Thailand 3-0 untuk mengadakan pertemuan dengan musuh domestik, Al Hilal. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Ronaldo menjaringkan gol kelapannya dalam kempen ACLE, menjadikan jumlah golnya musim ini kepada 33, dan akan bertemu Kawasaki Frontale di separuh akhir.
- Jhon Duran membuka jaringan, diikuti oleh Sadio Mane dan Ronaldo sebelum rehat, sementara Duran menambah satu lagi gol awal babak kedua.
- Al-Nassr menjadi salah satu daripada tiga wakil Liga Pro Saudi yang mara ke separuh akhir, bersama Al-Ahli yang menewaskan Buriram United 3-0 untuk bertemu Al Hilal.