Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
SPORTS

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!

Astro Arena 19/02/2025 | 00:40 MYT
Perkongsian itu di Story Instagram milik Tunku Ismail mencuri tumpuan ramai. - Stadium Astro
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus melakar satu demi satu sejarah menerusi keputusan mara ke pusingan 16, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menewaskan Pohang Steelers 5-2 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Namun, di sebalik kemenangan itu terdapatnya ucapan daripada pemilik kelab Harimau Selatan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menjadi pemangkin semangat pemain sebelum aksi itu bermula ketika dalam bilik persalinan.

Perkongsian itu di Story Instagram milik Tunku Ismail mencuri tumpuan ramai.

"Tiada waktu untuk pandang kebelakang, kita berikan apa yang kita ada. Perlawanan ini adalah milik kita, kita perlu mencipta sejarah!" katanya.

Tidak terhenti di situ, laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya dengan Gwangju bakal menjadi cabaran JDT dalam peringkat kalah mati nanti. - Stadium Astro






#ACLE #JDT #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #ucapan