awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACT: Speedy Tigers tewaskan Korea Selatan 1-0

Bernama
Bernama
09/08/2023
16:25 MYT
ACT: Speedy Tigers tewaskan Korea Selatan 1-0
Skuad hoki lelaki kebangsaan berjaya menewaskan pasukan Korea Selatan dengan keputusan 1-0, pada aksi pelengkap liga sepusingan Kejohanan Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2023, di Chennai, India malam ini. - Foto FB Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan berjaya menewaskan pasukan Korea Selatan dengan keputusan 1-0, pada aksi pelengkap liga sepusingan Kejohanan Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2023, di Chennai, India malam ini.
Dalam aksi berlangsung di Stadium Mayor Radhakrishnan itu, jaringan padang dihasilkan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-22, menjadi pemisah kedua-dua pasukan sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat Malaysia.
Kemenangan itu kembali melonjakkan skuad negara ke tangga teratas mengumpul 12 mata, biarpun telah mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir ACT lebih awal, pada Isnin lepas.
Bagaimanapun kedudukan tersebut mungkin berubah sekiranya pasukan India yang kini berada di tangga kedua (10 mata), berjaya menewaskan pasukan di tangga ketiga Pakistan (5 mata) pada satu lagi aksi pelengkap liga sepusingan ACT.
Hanya empat pasukan terbaik, layak ke separuh akhir saingan ACT itu.
Speedy Tigers memulakan kempen ACT 2023 dengan menumpaskan Pakistan 3-1 Khamis lepas, diikuti kemenangan 5-1 ke atas China, kemudian tewas kepada India 0-5, sebelum bangkit mencatat kemenangan ke atas Jepun 3-1.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan ACT adalah meraih tempat ketiga sebanyak lima kali, iaitu pada edisi 2011, 2012, 2013, 2016 dan 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Speedy Tigers
#act
#Korea Selatan
#hoki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan