Belgium, Algeria, Russia, Korea Selatan

Pemain Perhatian:

Eden Hazard (Belgium), Thibaut Courtois (Belgium), Vincent Kompany (Belgium), Romelu Lukaku (Belgium), Marouane Fellaini (Belgium), Sofiane Feghouli (Algeria), Madjid Bougherra (Algeria), Foued Kadir (Algeria), Alan Dzagoev (Russia), Igor Akinfeev (Russia), A. Kerzhakov (Russia), Son Heung-Min (Korea Selatan), Ki Sung-Yueng (Korea Selatan), Kim Bo-Kyung (Korea Selatan)

Sekali imbas tiada apa yang menarik boleh diperkatakan mengenai kumpulan ini. Berdasarkan pemerhatian awal hanya pasukan Rusia di bawah bimbingan Fabio Capello yang dilihat sebagai pasukan paling kukuh dan berpotensi besar untuk mara ke pusingan kedua. Rusia telah layak tiga kali bagi menyertai Piala Dunia iaitu pada tahun 1994, 2002 dan 2014 mempunyai barisan pemain berpengalaman yang sentiasa mengamalkan corak permainan sistematik serta mempunyai benteng pertahanan yang kukuh bagi mengekang serangan pihak lawan. Bagaimanapun, pasukan ini tetap mempunyai kelemahan tersendiri terutama dalam berdepan pasukan lawan yang mengamalkan corak permainan pantas.

Eden Hazard

Selain itu, Belgium antara yang dianggap sebagai pasukan kedua bakal mengikut jejak Rusia untuk ke pusingan seterusnya. Walaupun terpaksa menunggu lebih 12 tahun bagi layak ke kejohanan kali ini, Belgium sememangnya tampak mantap dengan dibarisi barisan pemain bertaraf dunia seperti Eden Hazard, Vincent Kompany dan Romelu Lukaku. Untuk rekod pasukan ini telah mengejutkan ramai pihak apabila berjaya menyumbat 18 gol dan hanya bolos 4 gol dipusingan kelayakan piala dunia.

Son Heung Min
Dua lagi pasukan iaitu Algeria dan Korea Selatan pula dianggap sebagai underdog dalam kumpulan ini. Status itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan kepada pemain kedua-dua pasukan. Siapa sangka mungkin salah satu daripada pasukan ini mampu juga mara ke pusingan kedua. Tambahan pula kebanyakan pemain seperti Kim Bo-Kyung dan Sofiane Feghouli semangnya banyak menimba pengalaman di benua Eropah sebelum ini dan biasa dengan corak permainan pantas.