awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min

Astro Arena
Astro Arena
22/11/2024
07:15 MYT
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Son berkata beliau tidak mampu menggambarkan negara yang sedang bergolak dengan bedilan peluru rejim Israel itu mampu menampilkan permainan berkualiti. - Foto Stadium Astro
KAPTEN Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa terkejut dan kagum dengan corak permainan yang ditampilkan oleh pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya itu seri satu sama dalam aksi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Selasa lalu.
Jelasnya, beliau tidak mampu menggambarkan negara yang sedang bergolak dengan bedilan peluru rejim Israel itu masih mampu menampilkan kualiti permainan sedemikian rupa.
Malah katanya lagi, hingga banyak kali sebenarnya pasukan Palestin benar-benar mengancam kubu Korea Selatan dengan begitu hebat hingga menyukarkan pergerakan dan perancangan keseluruhan pasukan mereka.
"Saya benar-benar ingin memberikan tepukan gemuruh buat pasukan Palestin, mereka bekerja begitu keras meskipun dalam keadaan serba kesulitan dan kekurangan. Saya rasa ada banyak perkara yang kita perlu belajar dari mereka," jelasnya kepada media sejurus perlawanan tersebut.
Kedudukan seri itu bagaimanapun masih meletakkan Korea Selatan di tangga teratas Kumpulan B dengan mengatasi pencabar terdekatnya Iraq dengan kelebihan 3 mata.
Manakala Palestin pula menghuni tangga tercorot kumpulan tersebut di kedudukan keenam dengan mengumpul 3 mata selepas hanya mampu mencatat keputusan seri dalam tiga perlawanan mereka. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Son Heung-min
#Palestin
#kelayakan Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan