SUKAN
Adik-beradik Miki, Elias Ghazali antara tumpuan Warrior's Arena 2025 di Pulau Pinang
Pertarungan Super Main Event antara Miki Ghazali (Malaysia) dan Yodkitti (Thailand) dijangka menjadi tumpuan. - Gambar/ warriorsarena
KEPALA BATAS: Warrior's Arena 2025, acara sukan tempur akan berlangsung di Dewan Millenium di sini malam ini, dengan lebih 16 pertarungan Muay Thai profesional yang menghimpunkan pejuang tempatan dan antarabangsa.
Penganjur Ahmad Akhmal Mohd Noor berkata pertarungan Super Main Event antara Miki Ghazali (Malaysia) dan Yodkitti (Thailand) dijangka menjadi tumpuan utama selain Main Event yang mempertemukan Elias Ghazali (Sarawak) dan Sabri (Terengganu) dalam kategori Bantamweight.
Katanya Warrior's Arena 2025 bukan sekadar pertandingan tetapi juga usaha memartabatkan seni Muay Thai tempatan, di samping memberikan platform kepada atlet muda berbakat untuk dikenali di peringkat antarabangsa.
"Warrior's Arena adalah simbol semangat juang dan disiplin. Kami mahu jadikan acara ini bukan sekadar tontonan tapi pengalaman untuk peminat, atlet dan komuniti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Warrior's Arena 2025 dianjurkan oleh SecondBrain dengan kerjasama Persatuan Nadi Persahabatan Kepala Batas (NPKB) dan NSH One Solution serta beberapa rakan strategik termasuk T-Fight serta Persatuan Muay Thai Malaysia.
-- BERNAMA