SUKAN

AFCON: Maghribi tepati ramalan, melangkah ke final sebagai pasukan pilihan

Astro Arena 15/01/2026 | 03:00 MYT
Pemain Maghribi meraikan kejayaan menewaskan pasukan lawan melalui penentuan sepakan penalti dalam perlawanan separuh akhir AFCON antara Nigeria dan Maghribi di Rabat, Maghribi, 14 Jan 2026. (Foto AP)
MAGHRIBI melangkah ke final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menerusi penentuan penalti, menewaskan Nigeria 4-2 selepas aksi separuh akhir mereka berkesudahan seri tanpa jaringan.

Yassine Bounou menafikan dua percubaan penalti buat tuan rumah, mengecewakan Samuel Chukwueze dan Bruno Onyemaechi.

Penjaga gol Nigeria, Stanley Nwabali, Hamza Igamane, menepis penalti pertama Maghribi namun ia tidak mencukupi.

Youssef En Nesyri memastikan percubaan menembusi gawang, sekali gus kemenangan, dan mereka bakal membuat penampilan pertama di final AFCON sejak 2004, di mana mereka tewas kepada Tunisia.

Maghribi, yang mencari gelaran benua pertama dalam tempoh 50 tahun, bakal bertemu Senegal di final.

Nigeria, mengeluarkan penyerang Victor Osimhen beberapa minit sebelum penentuan penalti di Rabat, bakal bertemu Mesir dalam penentuan tempat ketiga.








#Piala Negara-Negara Afrika #AFCON #Maghribi #Senegal #Nigeria