SUKAN
AFCON: Sadio Mane pastikan Mo Salah terlepas ke final
Salah (kiri) berebut bola dengan pemain Senegal El Hadji Malick Diouf ketika perlawanan separuh akhir AFCON antara Senegal dan Mesir, di Tangier, Maghribi, 14 Jan 2026. (Foto AP)
SADIO Mane menjaringkan gol kemenangan dramatik 12 minit sebelum tamat masa untuk menghantar Senegal ke perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas mereka menewaskan Mesir 1-0 dalam perlawanan separuh akhir yang sengit semalam.
Senegal menampilkan aksi yang penuh bertenaga untuk meletakkan diri mereka ke final, menghadirkan permainan yang cukup dominan ketika berdepan Mesir yang diketuai oleh pemain utama Mohamed Salah.
Pemain Liverpool itu tidak melakukan sebarang percubaan ke arah gol atau memaksa sepakan sudut sebelum mereka dibolosi.
Bagaimanapun, Senegal mendapati sukar untuk memecahkan pertahanan Mesir yang teguh dan hanya satu peluang terhidang digunakan sebaik mungkin oleh Mane.
Mereka bakal bertemu sama ada tuan rumah Maghribi atau Nigeria dalam perlawanan akhir Ahad.