[TERKINI] Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
SUKAN

AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya

Astro Arena 30/12/2025 | 03:30 MYT
Aksi Ayoub El Kaabi meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan AFCON kumpulan A antara Zambia dan Maghribi di Rabat, Maghribi, 28 Dis 2025. (Foto AP)
TUAN rumah, Maghribi, menamatkan saingan Kumpulan A, Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Zambia di Stadium Prince Moulay Abdellah, Rabat awal pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Maghribi menewaskan Zambia 3-0 dalam saingan Kumpulan A Piala AFCON, menamatkan perlawanan dengan jayanya di Stadium Prince Moulay Abdellah, Rabat.
  • Ayoub El Kaabi membuka jaringan dengan gol tandukannya pada minit kesembilan, manakala Brahim Diaz dan El Kaabi turut menjaringkan gol, membawa kemenangan bergaya bagi pasukan Maghribi.
  • Kemenangan ini membolehkan Maghribi melangkah ke pusingan 16 sebagai juara kumpulan dengan enam mata, sementara Mali menyusul sebagai pasukan kedua terbaik.


Pasukan bimbingan Walid Regragui itu beraksi di depan 16,000 penyokong sendiri dan ia jelas membantu The Atlas Lions untuk membuka jaringan menerusi tandukan Ayoub El Kaabi seawal minit kesembilan.

Bintang Real Madrid, Brahim Diaz, kemudian meledakkan gol kedua untuk Maghribi selesa dengan kelebihan dua gol menuju ke bilik persalinan.

Lima minit selepas perlawanan bersambung, El Kaabi sekali lagi melakukan impak segera untuk stadium berkenaan bergemuruh dengan penyudah akrobatiknya, yang disahkan dengan video bantuan pengadil (VAR).

Keputusan itu menyaksikan Maghribi melangkah ke pusingan 16 selaku juara kumpulan dengan enam mata daripada tiga perlawanan dan akan disusuli pasukan kedua terbaik, Mali.




#AFCON #Piala Negara-Negara Afrika #Maghribi #Zambia