KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan sukacita dan bangga dengan kejayaan Cheah Liek Hou yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Dalam catatan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan tahniah kepada pemain perseorangan lelaki kategori SU5 Badminton Paralimpik negara itu yang menghadiahkan pingat emas kedua buat negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun pada Sabtu.
"Pencapaian cemerlang Liek Hou membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet dan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.
"Ianya juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia," demikian menurut catatan itu.
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga kejayaan dan semangat perjuangan Liek Hou turut menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya para atlet di Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing dalam negara mahupun di persada antarabangsa.
Selain itu, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Liek Hou dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan memahat sejarah serta mengharumkan nama di kejohanan akan datang.
Juara dunia enam kali itu menjadi pemenang pingat emas badminton yang pertama Sukan Paralimpik, selepas beliau menewaskan musuh utamanya Anrimusthi Dheva dari Indonesia pada perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) hari ini.
Pemain nombor dua dunia itu menewaskan Dheva pemain pilihan pertama Paralimpik 21-17, 21-15 pada hari keempat acara badminton yang berlangsung di Yoyogi National Stadium.
Badminton buat pertama kalinya dipertandingkan pada Sukan Paralimpik di Tokyo.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Liek Hou dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Liek Hou tekad kekal rekod tanpa kalah pada 2024
Juara dua kali badminton Paralimpik Cheah Liek Hou bertekad untuk menamatkan kempen tahun ini dengan cemerlang.
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap tahniah kepada Liek Hou rangkul emas pertama
Pencapaian Cheah Liek Hou sangat membanggakan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Paris 2024 bukan pengakhiran, semangat Liek Hou masih membara untuk berjuang
Liek Hou mengakui masih dahagakan kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou sumbang emas pertama buat Malaysia
Ia sekali gus mengulangi pencapaiannya semasa Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Paralimpik Paris 2024: Emas sulung negara hari ini?
Tumpuan peminat sukan tanah air akan terarah kepada kemampuan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 di s
Paris 2024: Liek Hou selangkah pertahan emas, Fareez terkandas
Liek Hou mengesahkan final kedua berturut-turut di pentas Paralimpik dengan mengambil masa 47 minit menumbangkan Dheva Anrimusthi dari Indonesia.
Paralimpik Paris 2024: Liek Hou terus catat kemenangan
Cheah Liek Hou berjaya muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan Suryo Nugroho pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Paralimpik Paris 2024: Liek Hou bermula cemerlang, Muhammad Fareez kejutkan Jen-Yu
Cheah Liek Hou memulakan misi mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki SU5 (cacat fizikal) dengan cemerlang pada hari pertama Sukan Paralimpik Paris 2024.
Paralimpik Paris 2024: Pengalaman Tokyo jadi taruhan Cheah Liek Hou di Paris
Cheah Liek Hou mempertaruhkan pengalaman Paralimpik Tokyo 2020 apabila memulakan kempen mempertahankan pingat emas di temasya Paris 2024.
#Gold: Jack Tan akui susah mainkan watak Liek Hou, ambil masa 6 bulan untuk latihan badminton
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.