MANCHESTER CITY 1 CHELSEA 0

Pep Guardiola menyifatkan kehadirannya bersama Manchester City telah membantu Sergio Aguero berada pada tahap terbaik bagi tahun 2018.

Aguero menjaringkan 15 gol tahun ini tetapi perlu menunggu jaringan yang ke-200 buat The Citizens apabila gagal meledak jaringan ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Chelsea, semalam.

Ia merupakan perlawanan kedua berturut-turut buat pemain kelahiran Argentina itu, yang membuka jaringan dalam aksi final Piala EFL ketika menewaskan Arsenal 3-0, Guardiola tetap berpuas hati dengan prestasinya.

"Sejak kami bergandingan di sini, saya dapat melihat aksi yang terbaik daripada Aguero sejak kebelakangan ini," katanya.

"Bukan hanya menjaringkan gol tetapi dia mampu mengawalnya. Dia terlibat dalam melakukan serangan, pemain pertama yang melakukan tekanan kepada pertahanan lawan, membantu pemain-pemain tengah selesa mengawal bola.

"Saya sangat berpuas hati, dia tidak menjaringkan gol, ia bukan satu masalah, kerana dia akan menjaringkan gol pada masa akan datang.

City telah meraih 78 mata ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berbaki sembilan perlawanan, Guardiola menegaskan beliau tidak meletakkan sasaran untuk meraih 100 mata pada penghujung musim kerana muncul juara menjadi keutamaan.

"Merangkul takhta EPL adalah sasaran kami. Kami tidak pernah membincangkan mengenai rekod-rekod terdahulu.

"Bermain dengan baik dan mencari kemenangan, sasaran kami."