[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

Ahli perniagaan Brazil wariskan harta hampir RM5 bilion kepada Neymar

Astro Arena 10/09/2025 | 09:31 MYT
Keputusan jutawan itu dibuat kerana kagum dengan hubungan kekeluargaan Neymar. - Foto Stadium Astro
SEORANG ahli perniagaan Brazil dilaporkan telah meninggalkan aset bernilai 846 juta pound (RM4.9 bilion) kepada Neymar dalam surat wasiatnya, walaupun tidak pernah bertemu atau berhubung dengan bintang bola sepak berusia 33 tahun itu.


Ringkasan AI
  • Ahli perniagaan Brazil tinggalkan aset 846 juta pound (RM4.9 bilion) kepada Neymar dalam wasiat yang disahkan notari pada 12 Jun, walaupun mereka tidak pernah bertemu.
  • Keputusan jutawan itu dibuat kerana kagum dengan hubungan kekeluargaan Neymar, yang mengingatkannya kepada mendiang bapanya; kes kini menunggu kelulusan mahkamah Brazil.
  • Neymar belum beri sebarang komen, manakala nilai bersih semasa bintang bola sepak itu dianggarkan sekitar AS$350 juta (RM1.4 bilion).


Menurut laman berita Brazil RIC, wasiat itu telah digubal di sebuah pejabat di Porto Alegre dan selesai dinotari awam (notary public) pada 12 Jun dengan dua saksi.

Kes itu kini menunggu kelulusan daripada mahkamah Brazil sebelum Neymar secara rasmi menjadi pewaris.

Jutawan itu, yang tidak mempunyai anak dan tinggal bersendirian, dilaporkan memutuskan untuk menyerahkan semua asetnya kepada Neymar selepas terharu dengan hubungan kekeluargaan yang kukuh pemain bola sepak itu, khususnya ikatan bapa dan anak, yang mengingatkan lelaki itu tentang hubungannya dengan mendiang bapanya.

Neymar bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen mengenai wasiat itu, dan wakilnya tidak menerima notis rasmi daripada mahkamah, lapor Telegrafi.

Menurut Celebrity Net Worth, nilai bersih semasa Neymar adalah sekitar AS$350 juta (RM1.4 bilion). - Stadium Astro






#Neymar #terima wasiat #pemain bola sepak Brazil #mewarisi